Menutup Aurat time soLat


Definasi aurat dari segi bahasa ialah kekurangan. Dari segi syara' ialah sesuatu yang wajib disembunyikan dan yang haram dilihat.

Pengertian pertama daripada segi syara' ialah berkaitan dengan sembahyang. Menurut pendapat jumhur ulama', disyaratkan menutup aurat sekiranya terdaya, sekalipun ketika berada bersendirian di dalam gelap.

Menurut pendapat ulama' Hanafi, wajib menutup aurat ketika berada di khalayak ramai. Begitu juga ketika berseorangan, menurut pendapat yang shahih daripada mazhab itu. Justeru itu, tidak harus jika dilakukan sembahyang ketika berseorangan secara bertelanjang, sekaliun ia dalam rumah yang gelap gelita sedangkan terdapat pakaian yang bersih.

Wajib menutup aurat ketika bersembahyang dan juga pada masa-masa lain sekalipun ketika berada berseorangan, melainkan jika perlu seperti untuk mandi, buang air besar dan berintinjaa'.

   Dalil yang mewajibkan menutup aurat ialah firman Allah S.W.T. yang bermaksud:
         "...Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada setiap kali kamu ke tempat ibadah (atau mengerjakan sembahyang)... ."
                                                                  
(Surah al-A'raaf 7:31)
Menurut Ibnu Abbas. "Apa yang dikehendaki di sini ialah pakaian ketika sembahyang." Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
   
        "Wahai Asmaa', orang perempuan apabila meningkat umur haidh (umur baligh), tidak boleh dilihat padanya kecuali ini dan ini".
   
Baginda Rasulullah s.a.w. pun menunjukkan muka dan kedua-dua tapak tangan Baginda.
Menurut ijma' ulama', wajib menutup aurat dalam semua keadaan sama ada waktu sembahyang atau tidak.

1 ulasan:

Unknown berkata...

We are provide best Canvas Prints and Canvas Art Online store . we makes good and different quality products .our all products quality are best than other .
personalised wallpaper