AL-ASMAUL HUSNA


mari sme2 kita hafal & baca ASMAUL HUSNA...byk khasiat yg terdapat dlm ayat ni...
lg best kalo dgr sekali dgn iringan lagunye...mari kwn2....


AL-ASMAUL HUSNA
Nas-aluka
Nas - Aluka Yaa Man Huwallahulladzii Laa Ilaaha Illaahu
Awarrohmaanur Rohimul
Almalikul Qudduusus Salaamul Mu’minul Muhaiminul ‘Aziizul Jabbaar –
Almutakabbirul Khooliqulbaariul Mushowirul Ghoffar
Walqohharul Wahaabur Rozzaaqul Fattaahul ‘Aliim –
Alqoobidhul Baasithul Khoofidhur Alroofi’ul Mu’izzul Mudhillus Samii’ul Bashiirul Hakamul’adl –
Allathiiful Khobiir –
Alhaliimul ‘Adhim –
Alghofurus Syakuur –
Al’aliyul Kabiirul Hafiidhul Muqiit –
Alhasiibul Jaliil Al Kariimur Roqiibul Mujiibul Waa Si’ul Hakiimul Waduudul Majiidul Baa’itsus Syahid –
Alhaqqulwakiil –
Alqowiyul Matiin –
Alwaliyul Hamiid –
Almuhshil Mubdiul Mu’iid –
Almuhyil Mumiitul Hayyul Qoyyum –
Alwaajidul Maajidul Waahidus Shomadul Qoodirul Muqtadirul Muqoddimul Muakh Khirul Awwalul Akhiir –
Addhoohirul Baatinul Waalil Muta’al Bar Ruttawwaaabul Muntaqimul ‘Afuwwur Roufum Maalikul Mulki Dzul Jalaali Qal Ikroom –
Almuqsitul Al Jaami’ul Ghoniyul Mughnil Maani’ud Dhoor Runnaafi’un Nuurul Haadii Badii’ul Baaqii –
Alwaaritsur rosyiidus Shobuurulladzi ladza kamits lihi Syaiun Wawas Samii’ul Bashiir –
Alloohumma Solli Afdhollas Sholati’alaa As’adi MAkhluuqoo Tika Sayyidinaa Muhammadiwa’alaa alihii
Washohbihii wasallim ‘Adada Ma’luu Maatika Wamidaa Dzakalimaa Tika Kullamaa
Dzakaro Kad Dzaakiruuna Waghofala ‘An Dzikrihil Ghoofiluun.

p/s : kalo de tersalah ejaan maaf dipinta sbb i pon copy dr page org...

j0d0h o0o0o0o j0d0h

smlm dh siap dnload ceramah yg btajuk mencari j0d0h oleh DATO HAJI FAZILAH KAMSAH & DATO MASITAH IBRAHIM ....i donload kt fuiyo.net ...best sgt cara ulasan nye..pononton asyik ketawa je..ceramah 2 kt UPM..rse nye dh lama kot..then i nk kongsi ckit la tips2 untuk mendapat jodoh ni...bykan baca 
  1. suruh AL-FATIHAH
  2. ASMA UL HUSNA
  3. suroh AL-TAHA ayat 3-4
  4. suroh YUSUF ayat 4
  5. ayat SERIBU DINAR
  6. dan doa2 & ayat2 yg lain..
jodoh ni ada di mna2 aje..mmg byk halangan utk mdpt jodoh cthnya halangan keluarga, sifat pemalu, masa belum sampai, halangan fizikal, dan soo onnn...but ALLAH dh jnji setiap yg hidup itu berpasangan...so bg yg belom btemu jodoh 2 cari2 la..dia ada di mn2 je, anda perlu berusaha sje utk btemu dgn nye..then bg yg sudah btemu jodoh, byk kn lah berdoa utk mgekalkan kebahagian bersama jodoh anda..
wasalamm......

jodoh di tangan ALLAH..berusaha utk mendapatkannya...

gian sudey nk balik kampO0Ong ni



exam lom abis lagey but dr 1st exam dg rse nk blik umh..myb sbb tensen kot. tensen sbb pe?? de la mn leh bg taw privet ok..then dlm memilih2 (demand gtew) nk blik nek pe ni ni i nk list ni..ahhhh...nk blik BALING...taw x BALING kt ne???
kalo xtaw go0gle lo tggu pe lagey ni haaa~~~~

first nk blik nek flight kalo tiket murah2 loo...tgk musim la kdg2 2 murah lg dr bas...mn gmbr fligt yg i nk nek ni eh..jap2 nk tgk.


tadaaaaaaa....
ni diaaaaa weh..demand ku tggi melangit nun...ble plak la leh nek flight ehh slalu nek bas jee blik kamp0o0ng ni..last nek flight p ACEH.. nek bas peee????
ni haaaa bas feveret i....



ni haaa...eh bukan2 ni kte lembu..kalo nek yg ni 7 ari 7 mlm pon xsmpai wehh...

ni haaaaa bru betoi...


durian burung mari bai...tiket mureh sgt2 tp kalo nek kt kajang kne turun kt b'worth looo..kne nek 1 bas lg nk smpai umh i...jaoh lg pjlanan pulang...

tp kn lg best kalo de org antar trus dpn umh..leh blik nek keta..nak taw x, bru sekali i blik umh nek keta 2 pon sbb emergency cz tok wan i meninggal.... ohh syahdu ttbe lah tringat arwah..
best kn kalo de org antar sbb xyah g stesen bas , xyah dgr org2 gaduh suami istri dlm bas..ehh..btol ari 2 de m.cik ngn p.cik ni gaduh beb..panas ati tol la sbb i xleh tdo...
nak nek keta laa..keta ni kn3.....



------------------------tp kn trnsport yg i xakan nek adalah------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------jeng.....jeng.....jeng-------------------------
================================================
===============================
=====================
===============
=======
==
=

kapal looo...termasuk kapal selam..huahuahua....nk mndarat kt ne lak. umh i mn de laut..sungai kecik je de la..

daaaaaaaannnnnnnnnn xjugak nekkkk...

*********************************************
*******************************
*********************
************
******
**
*


sampan....wakakakak..teringat kisah smbg2 pasal sampan ni lak..4 tahun pon xsmpai kalo nek sampan ni..kalo penat mendayong kne tito dlu lo...

ni lg 1 trnsport yg amat penting kt KL ni..tp i xpenah lg lo nek blik kamp00oong..train ni dlu2 time matrik je i nek ngn kwn2. nek dr sungai petani ke arau..2 pon dh penat2..train ni best sbb murah je tp bygkn kne dok dlm tu 9-12 jam nk smpai sungai petani..xsggup loo...i ni org yg cepat b0san kalo dok sje2..tp i akan nek train kalo de org ajak blik nek train @ tiket bas sudeh abis d jual..



......train 000ooo000hhhhh train.....


dahhh.....jo0m smb0ng stdy..tggl lagey 4 paper yg yg dlm 3 ari je ..1 ari tu de 2 paper da...
ps2 27.4.10 maka berangkat la beta ke kampo0ng halaman yg beta gian mau pergi itu...

oohhhhh...sy rindu serindu3nye kamp0ong sy.....sy bdk kampo0ng yg dh bjaya ke U bak kte die..

~~~~~~~~~~~dadadadadadada~~~~~~~~~~~~~


peraturan bapa kpd BF anak girl nye..

artikel ni di copy paste dari blog shera. mula2 2 ble bce mcm best n syokk abes..gelak sorg2..not bad laa kalo semua bapak2 wt gni kt anak2 dara dorg..tmsuk aku..wewewe...



beberapa peraturan yang dibuat oleh seorang bapa kpd bf anak perempuannya

Peraturan 1: Kalo ko sampai kat pagar umah aku pastu dok hon…hon, pastikan ko bawak barang yang nak dihantar..sebab ko takkan ambik ape2 atau sesapa.



Peraturan 2: Jangan ko pegang2 anak aku depan atau belakang aku. Ko boleh pandang dia, selagi mata ko tak merayau lebih dari paras leher anak aku. Kalo ko takleh jaga tangan ko dari dok pegang2 anak aku..aku boleh tolong cabut dan jaga tangan ko kat umah.


Peraturan 3: Aku tau skang nih fesyen budak2 pakai seluar londeh sampai nampak boxer atau spender ko. Aku ni open-minded, so aku takkan suruh ko pakai seluar tu elok2 cam manusia normal. Tapi, bagi memastikan yang seluar ko takkan terbukak atau dibukak semasa ber’dating’ ngan anak aku, aku akan pakai stapler gun kat dalam laci aku nih untuk lekatkan seluar
ko kat pinggang.



Peraturan 4: Aku rasa mesti ko tau pasal kempen seks ‘selamat’ yang omputih dok canang hari2 kat tv atau internet. Kalo tak pakai perlindungan cam kondom atau lain2, ko mungkin akan dapat penyakit yang mungkin membunuh ko satu hari nanti. Meh sini aku nak bagitau, kalo ngan anak aku ni, aku lah pelindung kondom tuh..dan aku akan mendatangkan sakit kat tubuh badan ko dan kemungkinan besar akan bunuh ko jugak. Paham?



Peraturan 5: Biasalah kalo ko nak berkenalan lebih baik ngan aku ni sebagai calon bapak mertua ko..ko nak berbual pasal politik, pasal sukan atau lain2 topik semasa. Aku takmo dengar semua tuh. Satu jer topik yang aku minat nak dengar: bila ko nak antar anak aku balik ke umah ni
semula? Dan jawapan yang aku nak dengar cuma: “
Awal.”



Peraturan 6: Aku rasa ko ni hensem, popular kat kolej/pejabat ko, banyak peluang nak dating ngan aweks2 lain yang lagi kiut-miut..aku takde hal ngan kelebihan ko tu..selagi anak aku pon ok dengan
kepopularan ko. Tapi, sekali ko dah couple ngan anak aku, ko jangan pandai2
cari pompuan lain sampai la anak aku dah bosan ngan ko atau dia break-off ngan ko. Kalo ko wat anak aku nangis, aku pulak akan wat ko nangis.



Peraturan 7: Sementara ko menunggu anak aku bersiap, jangan dok mengeluh kalo dia bersiap lama sangat. Kalo ko nak orang yang punctual, ko leh dating ngan mat askar. Kalo ko bosan menunggu kat luar tu, tolong le wat ape yang patut, cam basuh kereta aku atau cat pagar umah aku ni.



Peraturan 8: Tempat2 berikut adalah dilarang sama sekali korang pergi dating; tempat yang ada katil, ada sofa, ada rumput atau apa2 tempat yang leh duduk2 atau baring2. tempat2 yang takde kehadiran orang tua, polis, tok imam. Tempat2 yang gelap. Tempat2 yang membolehkan korang berpegang tangan/menari atau bersukaria. Tempat2 yang panas sampai membuatkan anak aku terpaksa pakai tshirt takde lengan..pakai short skirt. Tempat yang sejuk sampai ko kena panaskan badan anak aku. Movie yang romantic, berunsurkan cium2 tu elakkan. Movie pasal seksa kubur
atau hari kiamat dibolehkan.




Peraturan 9: Jangan sekali-kali menipu aku. Aku ni nampak jer perut buncit, kepala hampir botak, tapi aku akan tau semua pergerakan ko dari spy2 aku. Kalo aku tanya ko nak pegi mana, dengan sapa lagi yang join ngan korang, ko ada satu peluang jer nak jawab dengan benar, tiada yang tak benar melainkan benar belaka. Aku ada satu senapang patah, satu cangkul dan lima ekar tanah yang penuh hutan kat belakang umah aku ni. Selalunya aku dok menembak biawak kat situ. Kalo aku tembak kepala ko kat belakang tu, takde sapa yang nak tanye. Jangan main2 ngan aku.



Peraturan 10: Ko patut takut ngan aku ni..kalo boleh biar sampai sangat2 takut. Aku ni dok teringat2 lagi peristiwa bukit kepong. Sampai skang kalo ada orang datang umah senyap2 pastu dok berbual kat laman aku nak tembak..aku ingatkan komunis. Nanti dah abih dating, sampai kat pintu pagar, bukak pintu kereta dan angkat dua2 tangan ko tinggi2. Cakap dengan jelas “saya datang antar anak pakcik”. Pastu terus blah. Tak payah masuk minum teh. Kilauan matahari yang ko nampak kat tingkap umah aku ni ialah teropong senapang sniper aku.


haha disebabkan bapak aku ni ada jugak kategori begini maka sememangnya kena post entry ini. almaklumlah arwah atuk dulu pegawai polis and bila aku nak keluar rumah memang 1001 soalan lah yang ditanya especially kalau keluar dengan lelaki. urgh jangan harap lah ko boleh lepas macam tu je. kena jumpa dulu. mintak permission bawak anak dara raja izaham keluar. lepas dah kena investigate baru okey. boleh jalan. tu pun kena sekejap. balik lambat siap lah. balik terus dia tukar muka kaler hijau terus oh oh. haha. aku pun dengan selamba terus ke komputer dan layan facebook lalalalala...


semue ni just joking taw..
jgn trse if trse okeh..
chikidout...

sy syg ayah sy weeee.......

Tolong sebarkan email ini di blog anda


Saya Rohaiza Bte Ishak. Saya merupakan guru Kemahiran Hidup di MRSM Muar. Tujuan saya menulis email ini ialah untuk memohon belas kasihan dari pembaca kerana anak kedua saya yang bernama NurHannah Bte Mohamed Helmi berusia 3 bulan tidak sihat.

Ketika bersalin, anak saya lemas kerana tali pusat keluar lebih kurang 40 minit sebelum saya bersalin. Ini menyebabkan anak saya lemas kerana tidak mendapat oksigen kerana tali pusat sudah terkeluar.

Apabila doctor scan (MRI) otak anak saya, doctor menyatakan bahawa anak saya terencat akal kerana sel-sel otak telah mati kerana kekurangan oksigen. Hanya Allah yang tahu apa yang saya rasa ketika itu.
Kaki bagaikan tidak jejak ke bumi. Muka saya pucat bagaikan tiada darah lagi. Hampir 3 minggu saya mengambil masa untuk terima hakikat apa yang doctor terangkan mengenai anak saya. Hari-hari saya menangis. Saya rasakan hati saya kosong.

Selepas 3 minggu saya cuba berkongsi masalah dengan teman sekerja. Semangat saya mula datang apabila ada rakan yang mengalami situasi yang sama seperti saya iaitu anak mereka lemas ketika bersalin. Doktor juga menyatakan anak mereka terencat akal. Tetapi kuasa Allah mengatasi segalanya dan anak mereka alhamdulillah sihat. Tetapi saya akui bahawa saya hanya insan yang lemah. Kadang-kadang saya kuat, kadang-kadang saya lemah sangat.

Rakan menasihati saya agar perbanyakkan solat hajat, baca yassin dan bersedekah. Alhamdulillah. Saya melakukan semua nasihat yang mereka berikan. Perkembangan terbaru tentang anak saya ialah dia masih lagi belum boleh menghisap dan menelan. Minum susu menggunakan tiub yang dimasukkan terus ke perut. Suction machine pula digunakan untuk menyedut air liur kerana anak masih tidak boleh menelan.

2 minggu lepas anak dimasukkan ke hospital kerana jangkitan kuman pada paru2. Ketika itu keadaan anak terlalu lemah menyebabkan doctor sukar mencari urat anak. Pilihan kedua ialah masukkan line hingga ke tulang.
Sekali lagi anak saya diduga iaitu selepas 3 hari kaki anak bengkak. Apabila doctor buat x-ray, rupanya kaki anak saya patah kerana dicucuk ketika memasukkan line.Pergerakan anak saya tidak seaktif bayi kerana kesan kurangnya oksigen di otak ..tambahan pula kaki kanan anak bersimen.

Hanya Allah tempat saya mengadu. Jika boleh, biarlah saya yang menanggung semua kesakitan itu, bukan anak saya yang berumur 3 bulan. Minum guna tiub, tak tahu menelan…kaki pula bersimen.
Kalian bayangkanlah bagaimana perasaan seorang ibu yang menjaga janin dalam kandungan bagaikan menatang minyak yang penuh. Tetapi selepas lahir, begitu besar ujian untuk anak saya.Terus terang saya katakan bahawa ini adalah ujian yang maha-maha besar dalam hidup saya. Saya bersyukur kerana Allah menguji saya kerana Dia sayangkan saya dan anak.

Dikesempatan ini saya memohon, merayu dan menagih simpati agar kalian dapat meluangkan masa untuk melakukan sembahyang hajat agar kesihatan anak saya pulih dan jauhkanlah anak saya dari sebarang kecacatan.

Andainya terlalu berat permintaan saya, bacakanlah Al-Fatihah. Jika permintaan ini juga berat, cukuplah kalian mengucapkan INSYAALLAH agar anak saya sihat, dijauhkan dari kecacatn dan dipulihkan kerosakan pada otaknya. Mudah-mudahan dengan keikhlasan kalian, doa kalian dimakbulkan. Hanya Allah yang mampu membalas budi kalian.

Saya juga memohon agar kalian dapat forwardkan email ini kepda rakan-rakan kalian agar dapat membantu anak saya. Kesihanilah anak saya kerana dia terlalu kecil untuk memahami erti kesakitan. Jika ada nasihat, pengalaman dan ilmu..emailkanlah kepada saya rozex_3056@yahoo.com.my. Di sini saya sertakan panduan sembahyang hajat. Mudah-mudahan bolehlah kalian amalkan jika ingin memohon sesuatu hajat. Percaya dan yakinlah bahawa Allah maha mendengar doa dari hambaNya.

Solat Hajat
1) Niat Ushalli sunnatal hajati rak’ataini lillaahi ta’aala.
2) Tiap-tiap 2 rakaat sesudah membaca al-fatihah, baca Ayat kursi 1x, dan Kul huallah huahad sebanyak 1x.
3) Sehabis salam yang terakhir, sujud semula. teruslah meminta hajat kepada Allah dengan khusyuk.Insyaallah Allah makbulkan.
Ayat Kursi
Allahu laa ilaaha illaa huwal hayyl qayuum, la tak khu-dzuhuu sinataunw walaa naw-um, lahuu maa fis samawaati wamaa fil-ardhi, man dzal-la-dzii yasy-fa-‘u indahuu illaa bi-idz-nihii, ya’-lamu maa bayna aydiihim, wamaa khal-fahum walaa yuhii-thuuna bi-syai-inm min’ilmihii illa bimaa syaa-a, wasi-‘a kursiy-yuhus samaawaati wal-ar-dha, walaa ya-uu-duhuu hifzhuhumaa wahuwal ‘aliy-yul azhim.

Gambar ini diambil pada hari ke-2 kelahiran Hana. Waktu ini Hana di ICU nursery. Hana bernafas menggunakan mesin kerana ketika lahir, denyutan jantung sudah terhenti. Doktor melakukan CPR untuk mendapatkan semula nyawa Hana. Allah Maha Berkuasa. Alhamdulillah.


Ini gambar 2 minggu lepas ketika di wad knk2 tiba2 pernafasan Hana laju. Doktor memberi saya 2 pilihan. Pilihan pertama untuk mendakap Hana buat saat terakhir kerana Hana terlalu sukar bernafas. Pilihan kedua pula ialah masuk ke ICU dan memasukkan kembali tiub pernafasan. Doktor menerangkan jika tiub sukar di masukkan ke mulut, mereka akan masukkan melalui leher dengan menebuk leher Hana. Dengan kuasa Allah tiub berjaya dimasukkan melalui mulut.



Ini gambar ketika Hana dimasukkan ke ICU selepas tiub pernafasan dimasukkan melalui mulut. Hanya air mata saya yang menemani Hana ketika di ICU kerana saya tidak dibenarkan menjaga Hana ketika di ICU.




Ini gambar selepas kaki Hana disimen. Tiub di mulut Hana digunakan untuk menyusu. Belum lagi pandai menghisap, kaki pula patah. Alhamdulillah atas ujian yang diberikan. Saya redha.



Saya berharap dengan melihat gambar Hana, lahirlah sedikit simpati dari kalian. Cuma doa yang saya pohon dari kalian agar Hana boleh membesar seperti kanak-kanak yang sempurna. Jauhkanlah Hana dari kecacatan.
Mudah-mudahan Allah gantikan sel yang rosak di otak Hana dengan sel yang baru dan dipilih di kalangan sel yang terbaik untuk Hana. Inilah doa yang tiap kali saya baca setiap sujud yang terakhir, setiap kali lepas solat fardu dan solat hajat.

Mudah-mudahan Allah makbulkan segala doa dan Allah berkati segala usaha saya. Selebihnya saya bertawakal. Amin.